Saturday 3 November 2018

Al-Baqarah Ayat 252

2.2.252
Juz:2,Surah:2.

Surah 2, Ayat 252:
.

Ringkasan tafsir;

Allah menyatakan  kepada Muhammad bahawa semua kisah tersebut diatas adalah sebenar-benar kisah yang mesti diyakini, tidak sekali-kali boleh diragukan, kerana tercatat juga dalam kitab-kitab mereka yang terdahulu (dari kaum Yahudi). Dalam keadaan Muhammad buta huruf tidak tahu membaca kitab-kitab mereka dapat pula menceritakan kepada mereka tentang kisah orang zaman dahulu, ini menunjuk kan apa yang Muhammad ceritakan itu adalah wahyu dari Allah dan engkau menjadi pesuruh Nya. 


[previous] [next]
.
.

Juzuk2, Surah2
Terjemahan, 251~260,
 [GS] https://sites.google.com/site/surahbaniisrail/3/1
Ulasan surah 2;
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr
 




 

Al-Baqarah Ayat 251

2.2.251
Juz:2,Surah:2.

Surah 2, Ayat 251:

Ringkasan tafsir;

Bersambung dari ayat lepas (250), maka tentera yang dipimpin oleh Raja Talut telah berjaya mengalahkan tentera Jalut.  Dan orang yang membunuh Jalut itu ialah Daud.

Semua kisah (dari ayat 246 hingga 251) tersebut tentang kaum Bani Israil  itu ada dalam kitab mereka (kaum Yahudi), dan sesungguhnya Muhammad yang buta huruf itu boleh menceritakan tentang kisah mereka, jadi ini bermakna apa yang diucapkan oleh Muhammad itu adalah wahyu dari Allah dan Nabi Muhmmad itu pesuruh Allah.

Kisah Nabi Daud;

Daud adalah anak bungsu dari seorang yang bernama Asya yang mempunyai 13 orang anak.

Daud pula berpenyakit dan menyisihkan diri dikaki bukit dengan mengembala kambing, dan selalu berhadapan dengan binatang buas selama mana Daud tinggal dikaki bukit dan dari hasil pengelaman itu beliau mendapat pengelaman dan kekuatan diri yang sempurna dan bersabar hati mulia.

Raja Talut telah memilih Daud untuk ikut sama berperang menentang tentera Jalut, dan dalam pertempuran itu Daud berjaya membunuh Jalut dan sebahagian tenteranya sekali gus dengan hanya tiga biji batu menggunakan lastik.

Ada pun antara Raja Talut dan Daud ada suatu perjanjian, yang mana jika Daud berjaya membunuh Jalut maka akan diberi sebahagian kerajaan kepada Daud, tapi Talut telah mungkir janji dan cuma mengahwinkan puteri Talut dengan Daud sahaja, tapi Daud tetap bersabar.

Al-Kisah apabila Talut telah mati, kaum bani Israel telah melantik Daud menjadi raja mereka. Demikian akhirnya Daud menjadi raja dan kemudian menjadi Nabi sebagaimana dinyatakan oleh Allah dalam firman yang bermaksud; “Dan Allah memberi kerajaan dan ilmu pengetahuan kepada Daud serta diajarkan Nya kepdanya perkara yang Allah menghendakinya”. Bagitulah kebesaran Allah memberi nikmat kepada Daud menjadi Raja dan Nabi dengan mempunyai kemahiran ilmu pengetahuan yang luas dapat membuat baju besi, mengetahui bahasa burung, mempelajari berpengetahuan kitab Zabur dengan berlagu suara merdu hingga seluruh makhluk diatas muka bumi terpegun mendengar suara Nabi Daud.
.
[previous] [next]
.
.
RUJUKAN SUMBER;
Juzuk
2, Surah2
Terjemahan,
251~260,
[GS] https://sites.google.com/site/surahbaniisrail/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr     
 

Friday 2 November 2018

Al-Baqarah Ayat 250

2.2.250
Juz:2,Surah:2.

Surah 2, Ayat 250:

.
.
Ringkasan tafsir;

Maka pergilah tentera yang sedikit itu bersama dengan raja Talut untuk menyerang tentera Jalut. Maka Raja Talut berdoa kepada Allah “Wahai Tuhan kami, tumpahkanlah kesabaran kedalam hati kami dan tetapkan pendirian kami, dan tolonglah kami mengalahkan kaum yang kafir itu”.

Pada ayat ini Allah menceritakan dengan maksud; “manakala tentera Talut berhadapan dengan Jalut dan bala tenteranya, mereka berdoa “wahai Tuhan kami tumpahkanlah sabar dalam hati kami,  dan tetapkanlah kaki kami dan tolonglah kami mengalahkan kaum kafir”.


[previous] [next] [home]
.
.
RUJUKAN SUMBER;
Juzuk2, Surah2
Terjemahan, 241~250,
[GS] https://sites.google.com/site/n21guarcempedak/3/1
Ulasan surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   




Friday 7 August 2015

Ulasan Surah Al-Insaan



Surah 76: 
 
AL INSAAN (manusia).

Surah Al Insaan terdiri atas 31 ayat, termasuk golongan surah-sruah Madaniyyah, diturunkan sesudah surah Al Rahmaan.

Dinamai “Al Insaan” (manusia) diambil dari perkataan “Al Insaan” yang terdpat pada ayat pertama surah ini.


Sumber; 
Khatam terjemahan ayat-ayat Al-Insaan (1~31),      
[BS]
http://ararwsyahoo.blogspot.com/2013/06/76.html


.