2.2.251
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 251:
.
Ringkasan tafsir;
Bersambung
dari ayat lepas (250), maka tentera yang dipimpin oleh Raja Talut telah berjaya
mengalahkan tentera Jalut. Dan orang
yang membunuh Jalut itu ialah Daud.
Semua
kisah (dari ayat 246 hingga 251) tersebut tentang kaum Bani Israil itu ada dalam kitab mereka (kaum Yahudi), dan
sesungguhnya Muhammad yang buta huruf itu boleh menceritakan tentang kisah
mereka, jadi ini bermakna apa yang diucapkan oleh Muhammad itu adalah wahyu
dari Allah dan Nabi Muhmmad itu pesuruh Allah.
Kisah
Nabi Daud;
Daud
adalah anak bungsu dari seorang yang bernama Asya yang mempunyai 13 orang anak.
Daud
pula berpenyakit dan menyisihkan diri dikaki bukit dengan mengembala kambing,
dan selalu berhadapan dengan binatang buas selama mana Daud tinggal dikaki
bukit dan dari hasil pengelaman itu beliau mendapat pengelaman dan kekuatan
diri yang sempurna dan bersabar hati mulia.
Raja
Talut telah memilih Daud untuk ikut sama berperang menentang tentera Jalut, dan
dalam pertempuran itu Daud berjaya membunuh Jalut dan sebahagian tenteranya
sekali gus dengan hanya tiga biji batu menggunakan lastik.
Ada pun
antara Raja Talut dan Daud ada suatu perjanjian, yang mana jika Daud berjaya
membunuh Jalut maka akan diberi sebahagian kerajaan kepada Daud, tapi Talut
telah mungkir janji dan cuma mengahwinkan puteri Talut dengan Daud sahaja, tapi
Daud tetap bersabar.
Al-Kisah
apabila Talut telah mati, kaum bani Israel telah melantik Daud menjadi raja
mereka. Demikian akhirnya Daud menjadi raja dan kemudian menjadi Nabi
sebagaimana dinyatakan oleh Allah dalam firman yang bermaksud; “Dan Allah
memberi kerajaan dan ilmu pengetahuan kepada Daud serta diajarkan Nya kepdanya
perkara yang Allah menghendakinya”. Bagitulah kebesaran Allah memberi nikmat
kepada Daud menjadi Raja dan Nabi dengan mempunyai kemahiran ilmu pengetahuan
yang luas dapat membuat baju besi, mengetahui bahasa burung, mempelajari
berpengetahuan kitab Zabur dengan berlagu suara merdu hingga seluruh makhluk diatas
muka bumi terpegun mendengar suara Nabi Daud.
.
[previous] [next]
.
.